/
Biasiswa Interview Questions
Save to my account
Sign up
Biasiswa Interview Questions
Biasiswa Interview Questions
Study
1
Question
Siapakah idola anda dan mengapa?
Answer
Idola saya ialah Steve Jobs kerana visinya yang jelas dan berani terhadap teknologi, serta ketabahannya apabila dipecat dari Apple.
2
Question
Bagaimana anda boleh menyumbang kepada Malaysia dengan pengetahuan kejuruteraan anda dari Perancis?
Answer
Saya boleh menyumbang dengan mengaplikasikan teknologi canggih, amalan lestari, dan model pengangkutan pintar dari Perancis untuk infrastruktur yang lebih hijau dan sistem pengangkutan awam yang cekap di Malaysia.
3
Question
Adakah anda masih menerima biasiswa ini jika mendapat tawaran lain?
Answer
Ya, kerana biasiswa ini adalah platform terbaik untuk belajar dan berkembang serta berkhidmat semula kepada negara.
4
Question
Bagaimana anda menangani kebimbangan dan kemurungan?
Answer
Saya akan menggunakan teknik pernafasan rama-rama, berjalan-jalan di alam semula jadi, dan berkongsi masalah dengan rakan.
5
Question
Bagaimana anda bekerjasama dengan orang dari latar belakang dan budaya yang berbeza?
Answer
Saya mengamalkan prinsip hormat, keterbukaan dan penyesuaian, mendengar pendapat orang lain, dan berkomunikasi dengan baik untuk mengelakkan salah faham.
6
Question
Jika anda berada di luar negara dan seseorang bertanya tentang Malaysia, apa yang akan anda katakan?
Answer
Saya akan mengatakan bahawa Malaysia ialah negara tempat saya dilahirkan dan dibesarkan, yang membentuk saya menjadi seorang yang mesra, terbuka dan suka bekerjasama kerana kepelbagaian budayanya.
7
Question
Di manakah anda melihat diri anda dalam 10-15 tahun akan datang? Apakah rancangan anda?
Answer
Saya akan menjadi jurutera mekanikal dalam bidang kelestarian, membantu membangunkan pengangkutan mesra alam di Malaysia, dan menubuhkan syarikat automobil saya sendiri yang menghasilkan kereta bebas diesel.
8
Question
Apakah yang anda faham tentang Konsep Madani?
Answer
Konsep Madani mempunyai enam rukun utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, yang menjadi tunjang kepada negara untuk membentuk negara dan bangsa yang bersatu serta maju ke depan.
9
Question
Adakah anda fikir gaji minimum di negara ini mencukupi?
Answer
Pada pandangan saya, isu gaji minimum ini bersifat subjektif dan tidak mencukupi bagi mereka yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur kerana kos hidup yang tinggi.
10
Question
Apakah pendapat anda tentang pelajar yang melanggar kontrak tajaan?
Answer
Saya rasa melanggar kontrak tajaan adalah perkara yang serius, tetapi ia bergantung kepada keadaan individu tersebut. Selagi mereka ingat dan membayar balik bantuan yang telah mereka terima, saya rasa ia boleh diterima.
11
Question
Jika anda ditawarkan pekerjaan yang berprestij di luar negara, adakah anda masih memilih untuk kembali ke Malaysia?
Answer
Saya tetap akan memilih untuk kembali dan bekerja di negara saya sendiri kerana saya mahu membina negara saya. Ramai bakat hebat meninggalkan negara, dan saya mahu jadi orang yang kembali untuk menyumbang.
12
Question
Apakah cabaran terbesar dalam sistem pendidikan?
Answer
Bagi saya, cabaran terbesar ialah kekurangan tenaga pengajar. Guru sangat penting untuk memastikan pelajar dapat belajar bukan sahaja secara teori tetapi juga dalam aspek disiplin dan amali.
13
Question
Apakah kelemahan anda dan bagaimana anda mengatasinya?
Answer
Kelemahan saya ialah suka menangguhkan kerja (procrastination). Saya atasi dengan membuat senarai semak harian untuk mengutamakan tugas penting, lebih teratur dan mengurus masa dengan baik.
14
Question
Apakah subjek kegemaran anda di sekolah dan mengapa?
Answer
Subjek kegemaran saya ialah sains, khususnya fizik kerana saya tertarik dengan keindahan dan keunikan fizik. Saya suka belajar tentang daya, tekanan dan bagaimana fizik berkaitan dengan kehidupan harian.
15
Question
Apakah kursus yang anda ingin pelajari dan mengapa?
Answer
Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, khususnya kejuruteraan mekanikal. Saya ingin membina sesuatu yang berguna untuk orang ramai, terutamanya dalam memudahkan kehidupan.
16
Question
Ceritakan tentang pengalaman kepimpinan anda.
Answer
Sebagai ahli orkestra sekolah, saya adalah ketua bagi bahagian trompet. Saya belajar bahawa kepimpinan bukan tentang kawalan, tetapi tentang tampil ke hadapan dan menyokong pasukan apabila diperlukan.